Monday, February 16, 2009

KEDAMAIAN INI


Begonia Sp di Kenyir


Air Terjun





KEDAMAIAN INI

dari hutan ke gunung
ke tasik ke pulau
ke laut ke pantai
kemana lagi harus kucari
kedamaian ini
yang ada hanyalah sepi,
aku menjerit
namun yang kudengari hanyalah
suaraku sendiri
kemudian sepi kembali
lalu mati
dan aku menyedari
bahawa hanya aku
sendirian disini







Tasik Yang Tenang Dan Bening


Aku Kecapai Damai Ini, Bukan Bersendiri.

Sunday, February 8, 2009

MIMPI MENTERI


MIMPI MENTERI

ada negeri
ada raja nya
ada rakyatnya

ada menteri
tiada negerinya
tiada rakyatnya

ada menteri
ada mimpi
......
gadai jiwa dan roh
gadai janji

Saturday, February 7, 2009

POLITIK 2


POLITIK 2

politik itu
memusuhi sahabat
dan
mensahabati musuh

politik itu
kelirukan yang bijak
dan
menipu yang bebal

politk itu
penuh
prespesi, spekulasi,
konsprasi dan kontroversi

politik itu
membina dan meruntuh
dan membina semula
dan meruntuh semula

politik
itu
jatuh
dan
bangun


Tuesday, February 3, 2009

APALAH ADA ...LAWATAN Univ. Malaysia Terengganu KE TAMAN RIMBA KENONG,

apalah ada

apalah ada pada kata
selain bicara penyampai makna
terkadang tersasar dari erti
bukan kerana dibuai mimpi -
tetapi kerana tersalah mengerti

biarpun gambar tidak bicara
namun memberi beribu makna
hanya sesekala
kita tersalah membuat tafsiran
bahawa yang berenang itu -
bukan semuanya ikan.


Taklimat dari 'Sifu' sebelum bertolak ke Air Terjun Lata Kenong
'LAWATAN UNIV. MALAYSIA TERENGGANU' KE TAMAN RIMBA KENONG
PADA 25/1-27/1/2009


River Crossing sebelum tiba di Air Terjun Lata Kenong


Santai: Saat tiba di air terjun


Perjalanan pulang dari air terjun

Foto kenangan sebelum bertolak pulang


Menaiki bot dari Jeti Tg. Kiara


Posing terakhir sebelum menaiki bas