Friday, July 31, 2009

PERKAHWINAN

yang bernama perkahwinan itu adalah;
mengahwinkan susah dengan senang
mengahwinkan suka dengan duka
mengahwinkan buruk dengan baik
mengahwinkan impian dengan harapan
mengahwinkan dekat dengan jauh
mengahwinkan hidup dengan mati
mengahwinkan bisu dengan bicara
mengahwinkan itu dengan ini
......





UCAPAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS.

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA:
KETUA PERG. WANITA UMNO BHG JERANTUT, PN NORHELAN MAHMUD
SETIAUSAHA PERG. WANITA UMNO BHG JERANTUT, HJH FADILLAH
WAN JULIA BINTI WAN JALIL
HJ. ROSLAN SAHUNA
DATUK ZAHARUDDIN SARIF SEKELUARGA
SELURUH PENDUDUK KG. BINJAI JERANTUT
BLOGGER TAIPINGMALI, bRAVEhEART DAN WARISAN PAHANG - KERANA SUDI HADIR
DAN SEMUA YANG TAK MUNGKIN DAPAT DISEBUTKAN NAMANYA SATU PERSATU



3hb. Julai.2009
Pernikahan Daniel Islam dgn Ardiana Azam
Di Pejabat Agama / Kadi Daerah Jerantut, Pahang

Daniel Islam, Emak @ Hj. Zainab Yaakob, Ardiana Azam dan Zauriti Osman


Menanti saat


Melafaz Akad dihadapan Kadi Daerah Jerantut


Segalanya selesai



25hb.Julai.2009
Perkahwinan Mohd Khayyam Azam dgn Zulianti Abd Jalil
Di Felda Sg. Retang, Jerantut Pahang


Berarak

Kanan Belakang-Pn. Norhelan, Ketua Perg. Wanita UMNO Bhg Jerantut, Kiri Farhana dan Kanan Sarah Syafikah Azam



26hb.Julai.2009
Kg Binjai, Jerantut Pahang.
Kenduri Kawin Dan Menjemput Menantu


Berarak tiba

Bersanding: Mohd Khayyam Azam dan Siti Zuliyanti Abd Jalil



Daniel dan Ardiana Berarak


Bersanding: Daniel Islam dan Ardiana Azam

Daniel dan Ardiana

Ardiana Azam dan Sarah Syafikah Azam


2 Pasang Pengantin bersama neneknya


Nenek Hjh Zainab bersama sebahagian cucu-cucunya


Mak dan Anaknya

Friday, July 24, 2009

Kita bukan mengejar mimpi …





kita bukan mengejar mimpi
melakar kehidupan dalam ilusi
tetapi kita mencari makna
pada setiap jalur pelangi
mantafsir maksud pada setiap kata
setiap yang kita bicara.

memang hidup mesti berani
menentu arah yang bakal dituju
sebagaimana sebatang sungai
yang airnya mengalir kemuara
namun bukan mesti itu arahnya
kita mendayung perahu;
kerana kehidupan bermakna
adalah berani membentuk hidup
bukan menuruti arus yang terbentuk.

kehidupan ini perjuangan -
berjuangpun bukan hanya dengan keberanian
tetapi juga mesti bijaksana
menilik dan mengintai nasib
sebagaimana segalanya
ada musim dan waktu untuknya:
waktu membisu dan berbicara
waktu menyoal dan menjawab
waktu berperang dan berdamai
..............

aku bukan memburu pelangi
tetapi tatkala kau buka pintumu
aku bisu dan terpaku
gementar melangkahkan kaki -
kamar sepi ini dipenuhi harum bunga-bunga
ada tertulis kata-kata:
’sunyi hati seorang wanita,
resah gelisah jiwa,
tak mampu menolak namun cuba mengelak
suratan satu takdir’

kita bukanlah mengejar mimpi
akupun bukan memburu pelangi

jerantut,
23.7.2009

Monday, July 20, 2009

KOTA KATA






terbina kota
di atas kata-kata
bagaikan sebuah mahligai indah
dalam impian
dapat dipandang namun bukan untuk dipegang

tiada janji
tiada harapan yang ditaruhkan
semuanya bagai angin
serta membiarkan takdir
menentukan arahnya sendiri
yang tak pasti

tangan kiriku
mengenggam bara
tangan kananku
entah mengenggam apa
ada terdengar suara
tapi entah dari mana
entah suara siapa

kota diatas kata
didalamnya sebuah cinta
hangat dan membara
seperti 7 lautan api
kemudian sepi
kemudiannya
...........mati

20.7.09

Sunday, July 12, 2009

apoligi





maaflah
bila tanpa rela
telah hadir disudut hati
walau untuk seketika
namun akhirnya
bagai desir angin semilir
mengusap hujung rambutmu
dan kemudian berlalu
tanpa sebarang pesan
tetapi tetap kucatat
dan simpan jadi ingatan
tak kan terpadam.....
'bahawa jika ada kekesalan dalam hati
itu adalah kerana
ketika engkau dapat kupegang
namun hilang dalam genggaman'.


vistana, Kuala Lumpur.
12.7.2009