Monday, April 9, 2012

sajak hati luka


(untuk kamu yang mengetahui)
sewaktu
jari-jemari tanganmu
erat kugenggam
sewaktu
katamu nafasmu
berdegup kencang
engkau kukhabarkan
tentang sehelai daun kering
yang luruh
dipetik angin musim
lalu gugur
pada muka air
lalu hanyut ke hilir
dan lepas dari pandangan
hilang tak terkesan
demikianlah kamu
pada ketika ini
disaat-saat aku rindu
bayangmupun
sudah tidak terlihat
harum rambutmupun
sudah hilang
dibawa angin
dan meninggalkan
aku sendiri
berdiri disini
menanti
sepatah kata
menunggu
sebuah janji
walau hanya mimpi

4 comments:

ujang kutik said...

Sayalah yang menunggu-nunggu puisi tuan yang seni dan mengesankan....

ujang kutik said...

Sayalah yang menunggu-nunggu puisi tuan yang seni dan mengesankan....

ujang kutik said...

Sayalah yang menunggu-nunggu puisi tuan yang seni dan mengesankan....

Azam Abd Rahman said...

terima kasih tuan,

jika dikatakan anak seni maka anak senilah saya.....berpuisi dari hati dan kekadang menyelami hati orang lain juga.ntah, tetiba saya rasa kerinduan entah kerana apa dan kepada siapa...terima kasih kepada semua yang masih setia mengunjungi laman ini kerana ianya saya ~ azam abd rahman