Saturday, October 10, 2015

makna sebuah kejayaan, meraikan satu kemenangan..?




tatkala aku berdiri diatas seketul batu yang tertanam diatas hamparan pasir pantai yang luas, dipinggir laut, dan mengangkat kedua belah tanganku, tinggi-tinggi ke langit, aku terlupa bahawa ketika itu, siput-siput sedang hebat melawan arus ombak laut yang deras dan menghanyutkannya semula ke pantai, sedangkan aku hanya mampu berdiri di atas batu...entah ditertawakan matahari yang menggelincir dan sebentar lagi akan mengakhiri hari, yang tanpa angkuh menyinarkan cahayanya ke seluruh pelusuk bumi, menyalakan kehidupan.


siapalah aku, yang hanya mampu berdiri dan menawan seketul batu yang tertanam diatas hamparan pasir pantai yang luas, dipinggir laut, sambil mengangkat kedua belah tanganku, tinggi-tinggi ke langit, dan aku yang terlupa bahawa ketika itu, siput-siput sedang hebat melawan arus ombak laut yang deras dan menghanyutkannya semula ke pantai.


20 Ogos 2015
Tioman.


4 comments:

paridah said...

MERAIKAN KEJAYAAN BERMAKNA DGN KEPUASAN HATI...

bulan said...

kehidupan ini berlapis-lapis
bertindih-tidih dan berselang-simpul.
tidak kosong dan tidak penuh
saling kait-mengait
kita hanya mampu menangis dan ketawa.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Azam Abd Rahman said...

Sudah lama aku perhatikan kamu namun masih belum mengenali...siapakah kamu?