Tuesday, August 30, 2011

sajak anjing terluka



takbir raya bergema
yang dipanggil
anjing turut gembira
tetaplah menyalak
hantu raya dimalam raya
hatinya masih sakit
hatiku juga luka
ini sajak anjing terluka
sajak anjing menyimpan duka
memang mudah memohon maaf
namun sukar menyempurnakannya
memberi kemaafan
ketika aku masih terdengar
salak anjing melengking
menerpa malam hening






Monday, August 22, 2011

gadis menangis



hwuuuuuuuuu !
untuk kesekian kali
mencair hatiku lagi
melihat airmata
sedu-sedan orang kecewa
keluh kesah insan derita
hati patah jiwa terluka
ryry
ingin kuhulur
tangan tak sampai
ingin ku dakap
mimpi dan igau,
gadis kecil menangis ~
berhentilah
dengarlah kata;
bukan mudah mati
orang-orang kecewa
oieeeeeee !!!

Sunday, August 21, 2011

janji





dibelakang
pulau dan langit luas
dihadapan terbentang
laut lepas
ingin aku berhenti saja disini
tapi kerana janji
aku tak harus berpaling
tidak juga berundur
ini bukan keturunan dehaka
bukan melayu membuang bangsa
jika beginilah suratan
akan kuredah gelombang
biarpun layar akan koyak
tinggal secarik
walaupun perahu akan pecah
tinggal sekeping
janji kugenggam
sehingga mati