Sunday, August 21, 2011

janji





dibelakang
pulau dan langit luas
dihadapan terbentang
laut lepas
ingin aku berhenti saja disini
tapi kerana janji
aku tak harus berpaling
tidak juga berundur
ini bukan keturunan dehaka
bukan melayu membuang bangsa
jika beginilah suratan
akan kuredah gelombang
biarpun layar akan koyak
tinggal secarik
walaupun perahu akan pecah
tinggal sekeping
janji kugenggam
sehingga mati



No comments: