Tuesday, June 16, 2009

yang....

(yang khas buatnya puisi ini kutujukan)


yang bersimpuh sopan dihadapanku;

yang berkerudung dan tertunduk malu

yang merah inai dijari-jarinya

yang mencium tangan yang kuhulur

yang mengizinkan dahinya kukucup

yang kerananya aku lafazkan akadku

yang untuknya aku serahkan cintaku

yang bersamanya kukongsikan hidup dan matiku

yang deminya aku tak berpaling lagi

yang selama ini dan selama-lamanya

yang sepertimana telah disuratkan

yang dari mutiara cinta kita perolehi permata

yang antara kita saling melengkapi

yang hanya satu tidak dua dan bukan tiga

yang mula dan yang akhirnya juga

yang dimana aku memberi dan dari mana aku menerima

yang siapa aku miliki dan memilikiku

yang satu ini ...........

- zauriti


Pahang,
15.6.2009

1 comment:

hannah zaharudin said...

en azam jiwang jiwa-jiwa..