memisahkan antara kita
lautan akan aku keringkan
dan jadikannya padang lalang
andai gunung
membataskan jarak kita
gunungpun akan aku runtuhkan
gunungpun akan aku runtuhkan
dan jadikan gurun pasir
tidak akan ada pemisah
antara kita
sebagaimana mula
hingga ke akhirnya
kerana aku sebahagian dari kamu
dan kamu sebahagian dari aku
4 comments:
dengan lain nadah
ada masa
ada rupa kamu
bukan kamu
dan aku bukan aku
cetera manusia
ya, betul..betul...ada masa hanturaya pun berselindung disebalik nama 'bulan'...hehehe
dia tidak salahkan angin itu
dia redha dan pasrah
pada hidup dan ketentuan takdir'
meminggirlah kamu
ini pula masa untuk aku berlalu
meninggalkan kenangan
dan impian yang tak kesampaian
bukan aku yang memulakan
dan bukan aku yang menolakmu
kedalam jurang yang dalam
mohon perjelasan tuan sifu.terima kasih
perlukah agaknya?
Post a Comment