Thursday, October 1, 2009

memang aku sedang marah





memang aku sedang marah
duka dan terluka
sedih dan kecewa
tetapi bukan kepada sesiapa
tidak juga kepada kamu;
kerana kaulah sutera yang dipintal itu
menjadi selembar benang tenunan
dan si pandai tenun itu adalah aku
yang mahir mengurai kusutnya benang
tetapi tak upaya
mengurai kusutnya cinta

memang aku duka dan terluka
sedih dan kecewa
dan aku sedang marah
kerana benang yang dipintal itu
semakin kusut
dan tak terurai
seperti rasa kasih ini
yang semakin luntur
harus akan berakhir
entah bila dan dimana

memang aku sedih dan kecewa
dan aku sedang marah
duka dan terluka
kerana engkau seakan memberi
sebenarnya membuangkan
kerana engkau seakan menerima
sebenarnya membiarkan;
segumpal benang menjadi kusut
sekeping hati menjadi remuk
dan;

memang aku sedang marah
duka dan terluka
sedih dan kecewa
tetapi bukan kepada sesiapa.

No comments: