Sunday, February 28, 2010

aku





aku datang bagai air
bersama rintisan hujan
membasah seluruh bumi kemarau yang gersang
menghijaukan padang lalang
mengembangkan kuntum dihalaman


aku datang bersama api
panas dan membakar
kering dan hangus hatimu oleh aku
sayang dan cemburu
api itu terus membara dalam dada


aku datang bagai angin
tiba-tiba datang dan tiba-tiba menghilang
bersama ribut dan angin kencang
kepala anginku
kau tak akan bersabar menunggu


kurauk air
kugenggam api
kugumpal angin
kusatukan segalanya
kubenaamkan ke dasar bumi
kubunuh segala rasa sayangku
kukorbankan aku
kerana kamu



1 comment:

SEKALUNG BICARA said...

Ku gumpalkan angin
kusatukan segalanya
kubenamkan ke dasar bumi
kubunuh segala rasa sayangku..

Ganas maut!! puhhhhhhh
amat menyeramkan...
takkan sampai mebunuh
camtu...