(untuk semua kamu)
bulan semalam telah kusembunyikan
dicelah-celah awan hitam;
hari ini seorang lelaki tua
berhenti menghitung harinya
pada wajahnya disimpan
segala rahsia kehidupan
dia telah menghela bebanan yang sarat
sepanjang perjalanan
garis-garis diwajahnya
adalah catatan masasilam -
dia bukan menyimpan dendam
dari luka yang menusuk dadanya
kerana dia bukan kejam,
kerana dia seorang pencinta yang setia
digenggamnya erat rindu
anugerah alam semesta
sisa kasih dari setiap wanita
yang membuang permata cintanya
kerana cinta yang dusta
melihat lelaki tua itu
aku melihat diriku
aku melukis senja
melihat wajah langit yang sakit
kuning dan kemerahan
cintamu masih kugenggam
dalam tangan yang terluka.....
4 comments:
sdr azam
banyak sgt lukanya....dari hati sampai ketapak tangan...kesian u...
eleh, luka awak tu apahalnya...tak penah baik2 pun dari dulu lagi....
botol gamat ku terpecah
kaca terpanting terkena jari
dan luka lagi
lagi
lagi
haha, maksud saya luka awak yang lain...luka lama..sejak semula..hehe
Post a Comment