Monday, April 25, 2011

BERUBAH WAJAH






Telah saya fikirkan panjang-panjang, dalam-dalam bahkan lama-lama, bahawa saya mesti berubah atau menghubahnya dan segalanya demi kepuasan. Kepuasan diri dan kepuasan sesiapa yang harus saya layani. Saya maksudkan para pembaca blog ini. Perubahan yang saya maksudkan juga adalah cara penulisan atau mungkin juga isinya sekali. Itu yang saya fikirkan.

Berapa ramai yang meminati puisi dan kata-kata puitis. Selain itu, apakah sebenarnya yang saya hasilkan ini ada nilai-nilai puisinya? Ada orang mencemuh. Boleh saya tidak pedulikannya, tetapi saya tetap peduli kerana seburuk mana sangkanya sekalipun, dia adalah pembaca diblog saya. Saya harus juga puaskan kehendaknya, jika termampu.

Berubah? Apakah yang akan saya ubah? Saya ingin jadikan blog ini sebagai segalanya bagi saya. Ianya adalah buku catatan perjalanan hidup saya. Pengalaman yang saya lalui sepanjang kehidupan ini. Pengumpulan kata-kata puitis saat jiwa saya berbunga-bunga, atau berbunga kembali. Galeri dan koleksi fotografi yang dapat dikongsikan bersama. Bahkan pandangan mengenai kehidupan harian, semasa serta mengenai politik yang sering diperkatakan. Soalnya, ini bukan 2 dalam 2, bukan 3 atau 4 dalam 1, bahkan blog ini adalah segalanya dalam 1.

Sehubungan dengan itu juga, bentuk luaran blog ini akan diubah sedikit demi sedikit dari masa kesemasa bagi menyesuaikannya dengan perubahan yang akan berlaku kelak. Pautan atau link juga akan bertambah dengan memautkan blog-blog politik juga, kerana itu yang sedang ramai masyarakat perhatikan dan memberikan tumpuan.

Saya berubah kerana kamu dan untuk kamu. Dan demi masa, segalanya harus berubah. Itulah sebenar-benarnya kehidupan. Namun walau sebagaimanapun perubahan yang berlaku, aku tetap aku....AZAM yang satu ini.

4 comments:

Anonymous said...

salam bro
teruskan

Serraphina said...

Kehadapan Abang Azam yang dihormati,
golongan seperti kita, yang jiwa lebih terarah bersyair berpuisi dari melontar kata berpepejal dan konkrit akan sering disalah erti.

akan tapi, kalau kita akhirnya memutuskan berubah hala demi menyahut cemuhan mereka, alangkah ruginya! kasihan juga pada alam yang mungkin akan sedikit sepi tanpa manusia2 seperti kita!

jadi,tolonglah, Abang Azam. Jangan menjadi manusia tipikal, yang sepanjang hidupnya mengeji, membahan puji.


tolong lah.

Azam Abd Rahman said...

Serraphina,

Sudah tentu saya tidak mengenali kamu secara peribadinya, namun saya tahu dan sedar bahawa apa yang kamu katakan itu adalah ikhlas dari dari dalam diri, dari dalam hati. Namun, apa yang mampu saya katakan lagi? kerana saya sudah mengorak langkah, saya sudah bergerak untuk berubah, bagaimanapun percayalah, sesekali saya akan kembali dengan puisi kerana puisi itu adalah hati dan diri saya sendiri. Saya sayangi kamu dan kamu semua yang menyukai tulisan saya. Saya sedar masih ada yang lain yang seperti kamu namun hanya memendam kata-kata mereka didalam dadanya sendiri. Bukan kerana tidak berani tetapi kerana ada yang harus mereka hormati.

Serraphina said...

:)
terima kasih Abang Azam.

saya terima dan faham alasan yang abang katakan tu. mungkin sudah datang seru abang beralih arah ke hala lain hari ini. esok2 mungkin saya juga.


terima kasih juga kerana sudi bertamu ke ruang saya yang kedua itu. Larasephia sangat lain peribadinya dengan Serraphina. Mudahan2 she can get along well with you too.

:)