Saya sangat menyenangi puisi sejak dulu lagi sebagaimana saya juga menyenangi fotografi. Kedua-duanya bergandingan disamping minat saya yang mendalam terhadap pengembaraan dan alam sekitar. Justeru, tidak hairanlah apa yang selalu saya ungkapkan dan gambarkan adalah sesuatu mengenai alam sekitar, keindahan dan kedamaian.
Kebelakangan ini saya juga meminati mengungkapkan fikiran mengenai politik dan isu semasa, namun saya merasakan bahawa saya perlu menjurus kepada daerah dimana saya dilahirkan. Banyak yang dapat diberikan kepada daerah dimana saya dilahirkan dan saya tidak harus membiarkan hanya orang lain saja mencorakkan wajah daerah kelahiran saya itu.
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Kata-kata ini masih saya pegang dan sematkan didalam hati. Bagaimana saya harus mengungkapkannya? Tentulah melalui bahasa yang indah, biarpun seindah mana bahasa yang cuba saya gunakan, pastinya bahasa itu masih belum mampu mengambarkan keindahan sebenarnya. Kerana itu sesekala, imej dari lensa kamera diharap akan mampu membantu memberikan gambaran yang lebih indah. Yang kurik kendi, yang merah saga, yang molek budi yang indah itu bahasa.
Seperti yang sama maklumkan sebelum ini. Blog ini adalah semua dalam satu. Segala-galanya akan disimpan disini kerana sudah tidak ada ruang didalam hati. Bagaimanapun, andai saya mengulas mengenai politik setempat, ianya adalah pendapat peribadi saya sendiri dan tidak memihak atau cenderung kepada mana-mana pihak atau kumpulan. Kita tidak akan mampu mengendalikan beberapa blog dalam satu masa, justeru jangan berburuk sangka dengan menganggap kita mampu mengendalikan segalanya dan semua sekali.
Ini adalah satu penghijrahan. Satu kembara dalam kehidupan. Apapun saya menganggapnya bagaikan 'Sirih Pulang Ke Ganggang'.
2 comments:
phew~
mujurlah!
pengisian yang lebih bermakna.namun puisi tetap puisi.tersembunyi makna disebalek kata kata puitis.Harap tidak menjejaskan asas tata tusila bila disekalikan dengan alam fakta,yang tidak dinafikan ada unsur unsur "kekerasan"Muga ruang ini membuka minda pembaca lain bahawa Inilah hakikat "diri kita yang sebenar"Jangan menafikan adanya pemberontakan dari dalam,dan luar menuntut kemerdekaan.
dari segi lain...ia menampilkan jiwa halus dan bersemangat waja dalam satu masa.habat juga..
Post a Comment