Wednesday, September 28, 2011

fragmen: aku dan laut




aku. laut dihadapan. biru.
camar berterbang. melukis langit
awan kelabu. mana tiang layar?
mana camar bakal hinggap?
perahu layar terbiar.
pelabuhan yang sepi. 
jiwa yang mati....(pause) ...
janji. masih kau ingat?
aku belayar tanpa kemudi. engkau
cahaya malam hitamku.
bergelombang laut. ombak
bergulung. bidukku dihempas
ke karang. hancur. berkecai.
hatimu batu. sekeras karang itu.
yang lebur hanya aku.
yang lebur. aku.
oooiiieeeee!!!


3 comments:

Unknown said...

"oooiiieeeee!!!" Lebur seleburnya!

Samada kalimah itu dilaungkan atau dikedap sembunyi di lubuk hati.

Azam Abd Rahman said...

salam ujang kutik,
jika pengucapan awam ungkapan itu akan dijeritkan sekuat-kuat hati, namun bila bersendirian ungkapan itu tertelah didalam dada......menjadi pilu dan duka. terima kasih kerana ziarah

kedai buku perintis said...

oooiiiieeeee..
bagus kalau jerit ramai ramai....

1,2,3...
ooooooooooiiiiiiiiiiiiieeeeeeeeeeeeee