Tuesday, October 16, 2012

tanya apa?


seketika
berkongsi masa
dalam perbezaan usia
seorang datuk dan cucunya
mencari kesefahaman
biarpun susah mencari
makna dalam kata
seusianya
segalanya adalah tandatanya
dia menanya dan aku menjawab
sehingga ada kalanya
tanya apa tidak menemukan jawabnya
kerana tanya itu datang berangkai
satu selepas yang satu.......



3 comments:

Anonymous said...

Pohon jua izin dismbungkan dari "Bagaimana Kalau"...,

"tanya apa?"

Adakah ia juga pertanyaan,
Haruskah pertanyaan itu ada maksud,
Tanya apa?
Atau ramai tidak mengerti.

"tanya apa?"

Dari mana suara itu,
Bukan dari datuk tua,
Yang tidak faham,
Kemahuan cucu rebung.

"tanya apa?"

Suara papanya tidak,
Oh papanya baru,
Perolehi cucu datuknya,
Pastinya masih dahaga.

"tanya apa?"

Kasih sayang bonda ayah,
Mendidik anak dan cucu datuk,
Jika tidak,
Anak terus membesar
tanpa susu ibu.

Ku lakar dirakit Kolatahan...

Anonymous said...

Bagaimana Kalau dan juga Lari Langgar.

Tq...,





bulan said...

tanya apa dalam gurindam
bila harum menghilang bau
bunga bahasa ikatan ilham
kala termenung lupakan cucu

tanya apa suara mendayu
soalan dijawab sambil berlalu
sungguh datuk bicara melayu
misalan tersilap hampir malu

tanya apa tanya selalu
tanya bersalut cerita dahulu
bicara cucu bicara melulu
pengubat hati tok nan pilu