Friday, February 15, 2013

ladang kehidupan





aku menyemai biji-biji benih
dari setongkol jangung yang sama
maka sebahagian darinya tumbuh subur
manakala sebahagian lainnya tidak bercambah
dari sebahagian yang tumbuh itu
hidup dan membesar subur
manakala sebahagian lainnya pula
mati layu dan kekeringan
lalu dari sebahagian pohon yang tumbuh subur itu
mengeluarkan bunga-bunga kemudian buah-buah
dan dari sepohon yang berbuah itu
menghasilkan tongkol-tongkol jagung 
sebahagiannya elok-elok dan baik-baik
manakala sebahagian yang lain busuk
dan memburuk
lalu dari sebahagian tongkol yang baik-baik itu
hanya sebahagian darinya yang bakal menjadi biji benih
yang baik dan bakal menjadi pohon yang subur
dan menghasilkan buah-buah yang baik-baik pula
demikianlah perumpamaan
kepada kehidupan ini
jika kita melihatnya dan mengerti.


8 comments:

noorss said...


alhamdulliah.. hasil ladang ku semai dengan baja yang sangat baik.. kerana hasil nyer sungguh berkualiti dan dijamin oleh sirim heheh.. syukur alahamduliah...

Azam Abd Rahman said...

Oooo! Ada cap SIRIM lah tu yer?

bulan said...

Engkau menulis gambaran sebuah ladang
tatkala aku asyik bertanya
mengapa setiap kehidupan itu
didatangkan berdua-duaan
berpasangan seperti belangkas

Aku ingin pisahkannya
hanya satu
tidak berubah
tidak bertukar
tidak beralih-ganti

Tetapi aku gagal
bila melihat siang tidak berganti malam
bila merasa sejuk tidak berubah panas
dan diriku semalam tidak sebaik hari ini

Adakah?
Kehidupan di dunia ini
sentiasa mencari pasangannya, ia itu kematian!

Azam Abd Rahman said...

Bulan ini
Misteri
Ketika jauh terasa dekat
Entahkan dekat tetapi jauh
Engkau hadir membayangiku
Dalam kehidupanku
Moga engkau lebih berani
Tunjukkan diri
Kerana keberanianku hanya sekadar bertanya
Siapakah kamu?

Anonymous said...

LADANG -
LADANG TINGGAL "SEGADANG"

- Jenuh lenguh
Sampai di hujung
dan berpatah balik
Ladang ditebas
dibelakang bertaut
kembali.

Ada lembaga
Tetiba menjelma
Menceduk rakus
Rumput dan mengkirai
Tebu tikus dan tebu teberau.

Ladang kehidupan
Mulai dipenuh virus
Nyamuk tikuk betina
Mula mengganas
Nyamuk jantan
Mencudat.

Tiada apa
Lagi ladang kehidupan
Terus pupus
Dihentam nyamuk tiruk
Membawa virus "denggi".




Anonymous said...

Correction

bite 3 line 3 is nyamuk tiruk betina,

lastly after denggi is Hanya tinggal segadang.

Tq.

azam abd rahman said...

Anon: Tak kisahlah nyamuk apa atau salah eja, yg penting awak hadir disini menemani sunyi saya....walaupun awak masih malu2 untuk mengkabarkan nama dan menunjuk wajah.....hahaha....

bulan said...

Di suatu ketika di musim bunga
aku melihat diriku didalam kenangan
pohon-pohon bunga berkembangan
semerbak harum dengan beraneka-warna
kumbang-kumbang singgah di dahan
menggoda dan digoda
di ladang-ladang kehidupan
benih bunga cintaku tersemai

musim bunga datang dan pergi
aku melihat dia di dalam dirimu
keindahan di musim bunga
mahu dihidupkan kembali
tanpa bergendang asmara ria
tentu adanya suasana gairah
merasa dan dirasai sekali lagi
demi nasib si kumbang dan si bunga
yang meresapkan kedalam jiwa-jiwa
dan hidup bersama-sama didalam karyamu