foto dari rakan group Whatsapp
tiba-tiba langit murka;
mengumpul amarah awan
mencurah tangis hujan
7 hari tak berhenti
hidup berdiri diantara mati ...
mana bukit menahan angin
mana hutan menadah hujan
mana kolam, tasik dan paya menakung air?
rupanya kita telah kehilangan segalanya
bumipun telah kita ratakan
ini bumi anak cucu kita
yang dipinjamkan
bukan milik kita
yang akan diwariskan
hari 26 purnama 12
alam menghukum kita
kerana tangan-tangan kita sendiri
bumi kita ditenggelamkan
kediaman kita dimusnahkan
biar kita sedar bahawa
bahkan nasi yang kita makan ini
juga bukan hak kita sendiri.
azam abd rahman
jerantut 9 januari 2015
1 comment:
Selalu rasa bimbang
cari orang suka simbang
kalau bomoh cerita panjang
kasi wang bimbang terbang
hidup hidup zaman sekarang
kerja kerja sampai ke malam
kalau buruk perangai orang
jangan tuan terjun ke dalam
langit murka bumi meradang
kampung tuan jatuh tenggelam
perubahan alam lupa pandang
bencana tetap menyerang alam
Post a Comment