CARI KEINSAFAN
tatkala kau lepaskan lasykar-lasykarmu
yang kau namakan tentera pembebasan
katamu itu demi menegak kebenaran
demi mencari perpaduan (ummah)
maka selain dari itu dan selain kamu
segalanya adalah isi neraka
tetapi rupanya kamu terlupa
bahawa lasykar-lasykarmu
membunuh yang kau panggil musuh-musuh
adalah saudara-saudaramu sendiri
yang sedang dalam syaf
sambil memegang panji-panji agama allah.
bertaubatlah!
selagi pintu itu masih terbuka
dan kami dari golongan yang kau anggap musuhmu
masih berperkerti dan sudi memaafi
bahkan turut mendoakan buatmu
semoga Allah ampuni dosa-dosa mu
selagi jalan masih ada
selagi pintu taubat masih terbuka.
8/12/2008
SAJAK KEMBARA HILANG ARAH
dari dalam sinar mata hitammu
terbayang jalan luas
yang terbentang
pohon dan hijau
itu bukan jalan lurus
mesti ada persimpangan, atau
dipenghujungnya ada selekoh tajam
kelak kau pasti terjunam
ke gaung dan jurang dalam.
kembalilah !
ke arah dimana kamu bermula
tidak akan berdosa melanggar setia
biar sekali kau jadi jantan
kembara yang tahu arah tuju dan arah
pulang
sesungguhnya
keadilan dan kebenaran yang kau perjuangkan
ada di sini
di tempat di mana kau bermula
tatkala kau mula mendustakan kata.
12/12/2008
No comments:
Post a Comment