bahawa sebenarnya aku terlupa
hari telah merangkak tatkala bulan berganjak
dan kita di tahun baharu
merenung hari depan yang kelam
dan memandang hari lalu yang suram
tangisan anak-anak jadi apakah nanti
serta rengek isteri ketika larut malam menunggu esok hari -
dimana akan kita injakkan kaki
sedang bumi ini makin tenggelam
oleh gelora lautan yang dalam
bulan telah kehilangan sinarnya
oleh kata yang kehilangan makna
...................
6.1.2009
No comments:
Post a Comment