Thursday, August 20, 2009

JERIT JIWA YANG MATI






lalu kita tusuki pisau tajam bernama cintalara kedalam dada kita
dan kita terasa betapa pedihnya dan berbisa
lalu api-api itu pun marak menyala, membara dan membakar seluruh tubuh
dan kita terkapar dan menggelepar
ini yang dinamakan cinta ... adalah permainan dari zaman purbakala
laila dan majnunnya, shah jehan dan Mumtaz Mahalnya serta uda dan daranya
mereka terbakar oleh api itu di syurga dan di neraka juga, dan
ketika aku ingin mendakap tubuhmu erat-erat atas nama cinta
'segalanya adalah kerana sayang' - seperti katamu
tetapi di hujung sebuah cerita cinta yang kita cipta ini
tangan siapakah yang akan terbakar oleh apinya? akukah?
kerana ini adalah pelarian cintamu sedangkan aku hanyalah
batu-batu didalam sungai itu dimana kamu akan memijaki aku
untuk keseberang...untuk keseberang sana.

lalu aku tusuki pisau tajam bernama cintalara kedalam dadaku
dan aku terasa betapa pedihnya dan berbisa
lalu api-api itu pun marak menyala, membara dan membakar seluruh tubuh
dan aku terkapar dan menggelepar
sebagaimana pohon-pohon kayu yang membakar dan memarakkan api didalam neraka
engkau menjadikan api itu lebih panas lalu membakar seluruh jasadku menjadi debu-
debu namun setelah itu
roh yang tinggal itu masih tetap bersuara dan menyatakaan
bahawa aku akan menyesal seumur hidupku jika tidak mencintaimu
dikehidupan ini atau pun kehidupan sesudah mati.

Wah! ditanganmu adalah jantungku yang kau genggam, kau cengkam
mahu kau apakan ia? perpisahan akan merentap nyawa dari jasadku




Nota:
Shah Jehan @ Shahab-ud-din Muhammad Shah Jahan I (Al-Sultan al-'Azam wal Khaqan al-Mukarram)
was the ruler of the Mughal Empire in the Indian subcontinent from 1628 until 1658. The name Shah Jahan comes from Persian meaning "King of the World." Taj Mahal at Agra built as a tomb for his wife Mumtaz Mahal (birth name Arjumand Banu Begum).

2 comments:

Ms Diamond said...

salam azam, selamat berposa.

intanrh.

Perjuangan Bangsa said...

salam perjuangan

sudah saya linkkan dalam blog saya, terima kasih atas kunjungan dalam blog saya yang tidak seberapa itu.

sila beri tunjuk ajar, atau emelkan sahaja ke khairulazwadi@gmail.com

perjuangan bangsa....