Friday, August 14, 2009
SEGALANYA KERANA SAYANG
Segalanya Kerana Sayang
apa lagi yang mampu aku ucapkan kepadamu ketika engkau seakan-akan menagih jawapan
dari sebuah pertanyaan yang tidak kau ucapkan tetapi dalam diam itu aku mendengar
ada suara dalam dadamu yang berbisik dan menyatakan rindu, dan tatkala aku mencari makna kerinduan itu...dimanakah kamu? yang kelihatan hanyalah bayang-bayang yang ketika ingin aku capai berlalu dan hilang dalam kegelapan malam
katakanlah wahai kekasih bahawa kita tidak berdiri disini menghadapi sepi kerana apa yang kita cari adalah yang lahir dari dalam diri..mungkin ianya tidak benar tetapi bukanlan satu pendustaan yang nyata.
kerapkali aku merasa ingin bertanya; siapakah diantara kita yang bagaikan perahu layar yang berhenti di pelabuhan ini ketika kematian angin namun berlayar semula menuju ketengah segara dan meninggalkan pelabuhan ini...sepi sendiri, atau apakah sebuah pulau kecil yang terapong diatas air yang perlahan-lahan hanyut dibawa arus ke tengah lautan dalam lalu meninggalkan perahu layar itu ketika ia kematian angin. Siapa diantara kita yang meninggalkan atau ditinggalkan?
Ini kata-kata dihujung catatan duka; segalanya pun kerana sayang...kerana 'dia'...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment