Saturday, January 2, 2010

bila hati tidak tenang





bila hati kasihku tidak tenang

kita bicaralah tentang alam

tentang keindahan ciptaan Tuhan;

lihatlah bagaimana pohon-pohon yang sentiasa menghijau

bukankah ada musim-musimnya daun-daunnya luruh juga

namun rimba tetap menghijau sepanjang masa

tahulah kamu bahawa

setiap pohon-pohon itu ada musim-musimnya yang berbeza

bahkan jangkamasa putarannya juga berbeza-beza

lalu tidaklah semua pohon daunnya gugur, berbunga dan berbuah

pada musim yang sama dan pada setiap tahun pula

namun rimba tetap menghijau sepanjang masa

malah memberikan kehidupan kepada setiap haiwan,

margastua dan serangga yang melata,

kalaulah hatimu sentiasa hijau dan

sayangmu berbunga sepanjang musim

seperti rimba itu

aku akan sentiasa ada didalam hatimu

tanpa rasa resah, rindu dan pilu

sebagaimana haiwan melata di rimba

yang sentiasa ada kehidupan untuk mereka

remajakanlah sayangmu,

agar sentiasa ada ruang dihati

untuk aku terus hidup, menyayangi dan mati

tanpa berpaling lagi.

No comments: