Sunday, January 24, 2010

hari baru






hari ini hari baru
aku melihat sekeliling tanpamu
aku telah pergi
dan jauh tinggalkan kamu atau
engkau yang meninggalkan aku

hari ini hari baru
ya, hari ini hari baru
dan aku
aku melihat sekeliling tanpamu
dan alam sekeliling dilihat
tanpa aku


2 comments:

BENGAH @ SERLING said...

Bermula matahari terbit
Hati kita bagaikan dicuit
Hari terbaru menggamit
Tusukan sinarannya perit

Senjak umur bayi ke mati
Tak pernah mungkir janji
Arah timur ke barat lalui
Dari generasi ke generasi

Banyak orang tubuh sihat
Belum tentu mental kuat
Awas diri elak diperalat
Oleh mereka buruk niat

azam said...

terima kasih nasihat abengah
tubuh yang sihat kekadangpun mengah
jikalau hati gundah gulana
badan sihat pun jadi merana