Sunday, July 4, 2010

gelora

ketawa entah kerana apa...?

berbaring dan membaca pun fikiran entah kemana....?



kerana apa engkau resah gelisah dan berkeluh-kesah?
hatiku pun terlara juga hanya kerana
dia juga bukan untukku sebagaimana aku pun bukan untukmu
kenapa kita harus saling membenci
jika takdirlah yang menentukkannya sejak azali?
cinta didalam hati memang sering memperdayakan, dan
kita akan selalu diuji dalam jaga juga ketika didalam mimpi
mari kita tabahkan hati dan berpasrah
peduli apa pada rasa itu? bukan berdosa kita pada diri
ketika ada sekali angin menderu
menyibakkan rambutmu dan aku sempat seketika
menghirup nyamannya udara
dengan harum bau rambutmu
namun yang selama ini masih erat dalam gengamanku
hanyalah sehelai dari rambutmu yang gugur
tatkala engkau menunduk dan mengumpul daun-daun kering
yang jatuh dipetik angin musim kemarau
ketika didalam dada lautpun bergelora

2 comments:

kedai buku perintis said...

nice sajak.daun kering sinonim dengan kemarau.sayangnya ia hanya bermusim......

bulan said...

ini pula kesah milek simolek
yang bermula datangnya badai
dara bergelora keteruna tampan
telinganya tertutup matanya buta
hanya hatinya saja dibawa sama
dalam peraduan penghipur lara

kata-katanya
untok bersama
ada ku dapat ada ku tinggalkan
ada yang kekal dalam impian
selagi ombak tetap bergelora
dipanah halilintar membakar bumi
mata hati, jantong telinga jadi sasaran
kelekaan kerinduan di alam percintaan