Monday, July 26, 2010

RUANG UNTUK BERNAFAS

saya dihubungi seseorang
memohon apalah sudi kiranya
saya membuka kembali seketika
ruang-ruang hati yang sepi
dari blog ini
baginya untuk menyalin sesuatu
sebelum saya menutupnya selama-lamanya
dan saya masih seorang manusia
masih ada perasaan dalam jiwa
maka itulah
saya membuka kembali blog ini seketika
dan ambillah sesuatu atau segalanya
kerana mungkin selepas ini
segalanya akan hilang
bagai daun-daun kering
gugur, hanyut dan hilang
entah kemana....
ini ruang untuk bernafas
......


kehidupan ini sungguh bermakna (klik)

2 comments:

BENGAH @ SERLING said...

Ini ruang untuk bernafas
Amat nanti ketika lemas
Sedikit lonjakan ke atas
Permudah hidung tugas

Buat orang dan diri kita
Tanpa akrab bawa duka
Jika kepeningan kepala
Fokuslah minda terbuka

Seketika teramat bererti
Dapat terus komunikasi
Dengan tulisan terhayati
Bersamalah kita manfaati

Hikmah hablul-minalnas
Sesama ihsan rasa puas
Menyendiri buat panas
Berinteraksi jiwa kemas

Anonymous said...

bukan hilang tugu itu, tidak juga tenggelam pulau dilautan, bahkan tidak akan hilang dan dilupakan kubur tidak bernesan ini. segalanya akan tetap subur dalam kenangan