hari ini aku berbicara dengan kamu
tentang masalalu
tentang keterlanjuran kata
tentang bunga-bunga yang tiba-tiba mekar
dalam taman
lalu engkau petik bunga-bunga itu dan musnahkan
siapa yang lebih dulu melafazkan kata
gelodak didalam jiwa?
kalbuku merayu-rayu
merintih lalu membentak dan meronta-ronta
nurani bertanya;
ini kah hujungnya helaian benang?
tanpa simpulan tiada sambungan
bagaikan titik dihujung kata
menjelma jadi titik-titik airmata.
~ labis
1 comment:
bro azam
masa lalu atau masa sekarang
amat berharga jika di pergunakan
sebaik2 mungkin.
jangan merintih dan jangan meronta2
kesedihan tidak dapat dipadamkan
hanya kerana kecewa.
biarlah ...pandang kedepan
usah dikenang jadikan kenangan
satu pengajaran buat kita
Post a Comment