(beginilah kehidupan)
1.
kita membina harapan
dari impian yang telah ranap musnah
kerana tangan seseorang,
kita menyusun segala kata-kata
jadikannya bagai tembok kota
tegap dan gagah
bagaikan seorang lelaki perkasa -
dengan perisai dan pedang ditangan
berani hatinya, pertaruhkan nyawa
atas satu kepercayaan
atas nama sebuah perjuangan
2.
kita mengenggam tekad
mengenggamnya erat
bagai mengenggam tangan perempuan
yang disayang dan tak ingin dilepaskan
namun siapa yang menduga
perpisahan ini terpaksa
pada saat kita baru memula langkah
tiba-tiba engkau rabah
tiba-tiba engkau rebah
3.
tiba-tiba aku hilang suara
tiba-tiba aku hilang kata-kata
tiba-tiba aku sedari bahawa:
aku kehilangan kamu,
ini sedih dan pedih
namun demikianlah kehidupan
kita hanya disanjung
dan agung apabila
kita lagi tidak mampu
menghargai segalanya
namun nikmatilah
buah yang benihnya
kami yang menyemainya
1 comment:
SEMUGA DIA DITEMPATKAN BERSAMA ORANG ORANG BERIMAN.AMIN.
SALAM IRINGI TAHZIAH UNTUK KELUARGANYA DAN RAKAN RAKAN SEPERJUANGAN.
Post a Comment