Apabila saya diserang kerana puisi saya tidak sebaik yang dikehendaki pembaca. Puisi saya dianggap sebagai sajak looser. Saya menilai semula diri sendiri. Saya mencari kebaikan dalam kata penghinaan itu. Maka itu menjadi asakan kepada diri saya dalam menulis untuk berubah. Benar agaknya saya bukan pemuisi yang baik seperti kata Yuri, seorang pembaca yang tidak diundang. Namun saya sangat menyukai puisi dan saya menulis hanya untuk suka-suka atau berkongsi dengan sesiapa yang menyukainya.
Apabila saya memutuskan untuk berubah, saya terima banyak pandangan dari beberapa pengunjung. Ada antaranya yang saya kenali dan ada antaranya tidak saya kenali. Bagaimanapun pandangan mereka tetap saya terima. Rata-rata mereka berharap atau meminta saya jangan berubah, atau pun jangan mengenepikan penulisan puisi. Justeri itu saya tetapkan bahawa saya akan tulis apa saja di sini, segala yang saya ingin lakukan khususnya untuk saya sendiri serta untuk mereka yang menyukainya.
Seperti yang saya katakan, ini adalah ruangan puisi, juga ruangan fotografi serta catatan perjalanan pengembaraan dan bahkan pandangan terhadap isu semasa. Blog ini adalah segala-galanya.....semua dalam satu.
Seorang sahabat blogger saya, Sri Tri Buana, yang selama ini menulis isu nasional, sudah menunjukkan kecenderungan untuk menulis isu semasa yang berlatar belakangkan Jerantut. Kerana itu beliau ujudkan blog Sri Tri Buana Untuk Jerantut. Baguslah bila kita setelah puas menanggah langit, sesekali kita juga melihat rumput dibumi. Ikan pun harus pulang ke lubuk, bagai burung pulang ke sarang.
Kita tidak mampu melihat diri kita sendiri selain dari melihat cermin yang memantulkan wajah kita. Melihat tanah air dari dalam dimana kita berada sangat berbeza dari melihatnya dari luar. Sebagaimana kita tidak mampu menilai diri kita sendiri dan orang lainlah sebaik-baiknya membuat penilaian tentang kita. Setelah sekian lama dalam kembara saya juga merasakan harus pulang, untuk melihat diri sendiri serta tanah air sendiri. Mungkin ungkapan ini masih memberi erti; 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baiklah negeri sendiri'.
Politik dan isu semasa di Jerantut kelihatan hangat. Blog-blog di Jerantut pada satu masa merupakan antara yang terbanyak dan ter-aktif di negeri Pahang. Saya juga pernah bercadang untuk membina satu blog khusus untuk menulis isu semasa Jerantut namun saya sedar bukanlah mudah untuk melakukannya. Mungkin saya mampu membina 10 blog dalam satu hari namun untuk menjaganya (menulis dan mengupdatenya sentiasa) adalah sesuatu yang bukannya mudah. Tambahan sepertimana semua orang tahu bahawa menulis blog bukanlah satu profesyen (atau bukan profesyen kepada saya). Kerana itulah saya merasakan lebih baik membawa blog ini untuk menulis isu semasa Jerantut disamping menulis puisi dan koleksi fotografi pengembaraan saya.
Mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk menulis mengenai Jerantut kerana kita melihat bahawa blog-blog di Jerantut sedang dalam keruntuhan. Apabila blog SPU serta Melayu Raya Daily sudah tidak lagi aktif, ianya ibarat meruntun blog-blog lain untuk turut membeku dan tidak aktif, atau mungkin juga elok saya menulis saat ini kerana akan memeriahkan semula blogging di Jerantut (insyallah).
Bukanlah terlalu mudah untuk menulis isu semasa dan politik di Jerantut, terutamanya untuk menjadi penulis bebas dan tidak memihak kerana jika tersilap kita akan terus dicap sebagai 'orang' seseorang. Begitulah jika kita berada di ruangan yang sempit, kita akan mudah menyinggung dan tersinggung, begitu juga memusihi dan dimusuhi.
Apa yang perlu adalah menjadi diri sendiri dan jangan sesekali memihak kepada sesiapa seandainya tidak benar-benar ada ikatan yang kemas. Saya juga menyukai beberapa blog yang menulis dalam dialek pedalaman dan mewakili penduduk Ulu Tembeling; uRag dRrulug, KampungKu, Hulu Tembeling juga tentunya blog popular di Jerantut, WZWH.
2 comments:
abang azam
jangan mudah terkecewa oleh kata kata dari orang yang tidak memahami.Jangan buang penulisan puisi,kalau kita mahu terus kehadapan.jangan mengalah hanya kerana "kata kata itu"
Kita menulis kerana kita ada hak untuk itu.Kita tidak dibayar oleh sesiapapun....
ape kabar uncle?lame kite tidak bersua..
Post a Comment