Tuesday, May 24, 2011

SUATU MALAM DAN SECANGKIR KOPI





Secara kebetulan saya berada disini dan saya diundang ke majlis 'Secangkir Kopi' anjuran Majlis Belia Daerah Jerantut, lalu dengan sangat teruja saya menyahut pelawaan itu. 

Mungkin kerana usia semakin lanjut saya merasakan saya sudah dilupakan dan tidak lagi ada dalam sebarang kenangan, namun tidak pada sekali ini. Saudara Azman Yassin menghubungi saya lalu saya hadir untuk bertemu dengan para belia yang akan menjadi tenaga penggerak kepada generasi masa depan.

Apa lagi yang mampu saya katakan selain dari kegembiraan yang amat sangat apabila terasa dihargai sebegini. Kepada semua tenaga penggerak MBD J, hari esok bermula dari hari ini. Lakukanlah sesuatu yang terbaik dan ubahlah masa depan bangsa kita, semampu yang boleh.Pesan saya kepada mereka, gerakkan kembali dan kuasai media sosial Jerantut ini demi masa depan.


4 comments:

Anonymous said...

Kepimpinan yg betul dah tu, bkn macam MBDJ yg dulu asyik nak makan duit belia je.kali ni betul punya rimau dah naik.

Anonymous said...

pemuda umno vs majlis belia daerah

fre da said...

salam,muga diberkati dan dipermudahkan urusan budi yg baik akan tetap dikenang dan niat berjuang waupun kecil tetap akan dirasai dan dinilai.

meme said...

lalu dikatakan;

"secangkir kopi"
kalau bukan kopinya.
kalau bukan pembuatnya
kalau bukan cangkirnya
kalau bukan keinginannya
maka ia bukan satu "rasa"
yang patut dinikmati bersama.

biarpun secangkir,biarpun rasanya pahit,harap membawa arti kepada kepuasan.....