Sunday, December 4, 2011

aku tidak peduli



sekian lama aku
kehilangan kata-kata
ku akurkan berdiam diri lebih baik dari berbicara
ketika akhirnya kata-kata pun
kehilangan makna
sekian musim aku
tidak melihat pelangi
tidak juga mengintai
dari mana datangnya
warna-warna pada bunga-bunga
aku tidak lagi melukis
impian dan harapanku hanyalah
hitam dan putih
untuk kesekian kalinya
aku tidak lagi peduli
pada suara
kerana yang selama ini bergetar dalam dada
hanyalah himpunan sepi yang meraung
di jiwa yang kosong
aku sudah tidak peduli lagi
kamu masih ada atau tiada lagi
sebagaimana engkau juga
tidak pernah peduli
tentang bagaimana aku di sini
saat ini....!


5 comments:

noorss said...

sekian lama,,akhirnye ..
tidak bermakna
memang tiada sapa pon peduli

akhirnya..... ada ku kisah....

Anonymous said...

Sekian lama kata kata tidak lg bermakna
Tinggalkan dalam dalam bicara
Simpan dan lupakan
Untuk sesekian kalinya
Berpalinglah
Merenung jejak yang ditinggalkan..

Unknown said...

Sdr Azam,

Agak lama juga saya menyusur alamat blog tuan kerana blog tuan yg saya ikuti secara tidak sengaja 'terdelete'. Saya akan terus mengikuti puisi-puisi tuan.

Unknown said...

Ya,M.Nasir......

Azam Abd Rahman said...

Terima kasih tuan, tp komen ke-2 tu sy tk faham.....Ya,M.Nasir....apa maksudnya tu?