Tuesday, March 2, 2010

aku ingin menjerit.....lolong!!!!


sebahagian dari segalanya......




catatan ini khusus buat froddo @ kuceng pembela,
yang meminati sajak haprakku, yang meninati aku(?), uikk!

bila kamu meninati kata-kata puitis dalam sajak
bila kamu meminat sajak dalam lagu
atau dinamai lagu puisi, maka
hayatilah ini
yang aku kira lengkap dalam segalanya;
ebiet g. ade
kerana kata-kata puitisnya
kerana vokal dan nyanyiannya
kerana petikan guitarnya - dalam berbagai irama
kerana susunan musiknya
kerna gambungan segala instrumen musik didalamnya
....kerana segala-galanya
tiada yang lain selain dari yang ini

Jika ditanya yang mana yang paling baik diantara yang terbaik ini?
apakah dapat aku memberikan jawapannya?
kerana segalanya adalah baik-baik belaka
maka soalan itu mungkin harus aku abaikan
kerana jawapannya hanya ada pada si-penanya itu sendiri

froddo,
bila aku pergi, aku ingin kamu mengingati aku
sebaik dan seindah yang mungkin
aku akan sentiasa ada dimana-mana
...dalam setiap bait puisi, patah lagu,
petikan gitar dan kecapi, bahkan dalam jerit dan lolongan...
puisi adalah catatan kehidupan...




No comments: