Wednesday, March 24, 2010

mencari makna cinta dan tafsir mimpi




i)
katamu tak percaya adanya cinta
dalam waktu yang lain kau kata cinta itu percaya
yang nyata tiba-tiba apabila terjaga
kau sudah jatuh cinta
aku terfana dan menelan segala dusta;
cinta itu bukan untukku tetapi untuk dia
cinta itu bukan kejujuran tetapi kepercayaan
cinta itu bukan dalam hati tetapi pada diri
cinta itu bukan berjauhan tetapi mesti selalu dekat
cinta itu bukan perasaan tetapi nafsu
cinta itu bukan menerima tetapi memberi
cinta itu bukan satu anugerah tetapi satu ciptaan


ii)
kau mimpi helang yang menyambar
mencakar dan menerjang
namun aku hanyalah seekor camar
yang melayang diatas air
menghinggapi tiang-tiang layar
dan kau pun camar seperti aku
yang sedang istirah
menentukan arah yang bakal dituju
dan meninggalkan segalanya
tanpa ada ingatan dan tanpa kenangan


iii)
ini bukannya dendam
dan aku bukannya kejam
cuma aku tertanya-tanya
mana bibirmu yang mengungkapkan kata?
mana lidahmu yang meluahkan rindu?
mana kebenarannya
tatkala
aku kau tinggalkan dan aku kau persalahkan?


iv)
aku tetap memberimu restu
doaku tetap untukmu
cuma selepas segalanya ini
anggaplah aku telah mati
bahkan bayang-bayangku pun harus kau hindari
harusnya aku kau singkirkan
selamanya


9 comments:

SEKALUNG BICARA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
azam said...

Salam,
Semalam zeza telah membuat tafsiran yang salah maka kerana itu ini saya menegaskan bahawa segala tulisan disini tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau pun telah mati. Ini semua hanyalah sekadar karya kreatif semata-mata. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya dan cuba menyelami segala makna yang diungkapkan.

permata yg dicari said...
This comment has been removed by a blog administrator.
INTAN RH said...

salam bro azam. ngerinya foto gunting lidah tu. sy sekadar mmbaca tp tak reti nk mentafsirkan secara lengkap.

have a nice day

azam said...

Salam intan, saya pun sekadar menulis dan foto tu saya ambil internet jadi terlalu sedikit kepandaian saya, saya berterima kasih kepada semua orang yang berada sekeliling saya yang banyak membantu secara langsung dan tak langsung. Semuanya ada peranan masing2.

zeza said...

hmmm hanya penulisnya yang tahu maksud yang tersurat dan tersirat....saya fahami sekadar pemahaman saya saja.maafkan saya.apapun foto ni terlalu ngeri.mungkin boleh ditujukan kepada cucu mamak kutty........seorang...

azam said...

Ishhh! Cucu Mamak Kutty? Awak buat saya keliru dan saya tidak faham mengenai itu. Sebenarnya apa? Dan siapa Cucu Mamak Kutty?

zeza said...

no komen.......

azam said...

zeza, kaitkan saya dgn blog braveheart? maaf! tak ada kena mengenanya