Thursday, March 25, 2010

selagi marah masih menyala


sila padamkan lagu di playlist dan mendengarkan lagu ini



sesungguhnya saya sangat teruja apabila puisi saya yang tak seberapa ini cuba dihayati. tidak ramai yang ingin memperkatakan tulisan seseorang namun saya lihat kecenderungan itu ada disini, entah kenapa dan bukanlah satu kesalahan jika kita berbeza pendapat dan kefahaman kerana segalanya adalah menurut tafsiran masing-masing.

saya juga bukan seorang penyair / pemuisi yang bagus dan saya tidak belajar menulis puisi secara fromal. bidang yang saya pelajari adalah sains, biologi dan perhutanan dan tidak ada langsung berkaitan kesusastraan, namun kecenderungan saya ada dan tinggi.

saya pelajari puisi secara membaca dan menghayati melalui karya-karya ramai penulis. saya menyukai puisi kerana puisi lebih fleksible, memberi dan menerima bahkan mengundang kita membuat pelbagai tafsiran. sikap puisi lebih lembut dan selalu mengajak kita berfikir.

saya menulis puisi tidak konsisten dan hanya untuk suka-suka, justru saya merasakan bahawa sebenarnya tidak ada nilai sastera pada puisi saya, bahkan tidak layak untuk dipanggil puisi, hanya sekumpulan kata-kata puitis yang digabungkan dan disusun menjadi bait-bait pantun.

memang banyak juga puisi saya yang dihantar kepenerbitan dan disiarkan dan ini adalah yang pertama dan disiarkan di majalah 'Dian';

kau janji bulan yang indah

tiada cahaya
kau janji bintang yang gemilang
tiada cahaya
kau janji sebuah cinta
yang hampa



kujanji gunung yang tinggi
dakilah
kujanji sungai yang deras
renangilah
kujanji sebuah cinta
percayalah

Disiar di -
(Dian 1977)


banyak juga yang tersiar tetapi hilang dari simpanan. hanya setelah adanya blog maka saya lebih minat menulis kerana mudah untuk disiarkan dan akan tetap disini sebagai simpanan dimasa depan

saya suka kepada pembaharuan, eksperimen dalam puisi sangat saya sanjung tinggi....seperti puisi 'Tak Tun' oleh AGI...diantaranya dan banyak lagi.

dibawah antaranya adalah 2 rangkap puisi dari 2 buah puisi berbeza, namun saya cuba gabungkan menjadi satu yang baru. apakah masih memberi makna serupa? atau kah telah menjadi apa? saya namakan puisi ini; 'selagi marahku masih menyala'




tak ada kata dapat kukatakan

tak ada soalan

tak ada juga jawapan

segalanya telah kauputuskan

membuang makna dan pengertian

pada pintalan dan kusutnya benang

(dari puisi apa lagi?)


aku tetap memberimu restu

doaku tetap untukmu

cuma selepas segalanya ini

anggaplah aku telah mati

bahkan bayang-bayangku pun harus kau hindari

harusnya aku kau singkirkan

selamanya

(dari puisi mencari makna dan tafsir mimpi)


demikian semakin jauh dan terpisah

menyebut namamu pun

kuanggap satu bebanan

walau dalam mimpi aku tetap enggan bertemu

bahkan matipun doamu tak kuinginkan

biarpun rohku selamanya berkeliaran

diantara syurga dan neraka

selagi marah masih menyala

./

nota:

saya menerima beberapa teguran bahawa foto yang saya siarkan semalam terlalu dirasakan kasar dan mungkin menyakitkan, justru kali ini saya tidak lagi akan menyertakan foto namun saya menggantikannya dengan lagu yang mungkin dapat memberikan ketenangan sewaktu membacakan puisi ini.

No comments: