Sunday, November 14, 2010

manisnya katamu




saat kau memujuk aku
manisnya bibirmu
membuatkan secangkir kopi
yang kau hidangkan
terasa begitu pahit
untuk kutelan,
bagaimanapun
bukan demikian realiti
jika kita ditemukan kembali
akan aku palingkan muka
ke arah lain
kerana kata manismu
masih belum dapat aku telan

4 comments:

zeza said...

secangkir kopi lagi ...

Azam Abd Rahman said...

awk juga tau saya suka kopi, kan? nanti awk belanja saya kopi, itu dah cukup dan memadai utk saya, haha

SEKALUNG BICARA said...

Kopi kapal api orang kata enak..

Azam Abd Rahman said...

Kopi cap Kapal Perang lagi sedap, lepas minum boleh berperang laki-bini, main baling2 cawan dan piring...hehehe! apa kata? Sedap ke?