Tuesday, November 9, 2010

pentas hidup




penonton bertepuk
tirai dibuka
sedang di pentas tiada sesiapa
sepi dan lengang;
       seekor tikus dan lipas
       berkejar-kejaran
       di atas timbunan kertas-kertas
       yang tak jadi skrip drama pentas
       tiada siapa mengungkap kata
       tiada juga puisi yang dibaca

bila tirai tertutup kembali
apakah drama telah selesai atau tak jadi?
tiada sesiapa bertepuk
dan 'audience'nya
adalah wajah-wajah bangku
senyum mengejek;
yang bisu dan kaku
sepi dan mati

2 comments:

| Larasephia | said...

sekurang-kurangnya kita tahu
pentas itu
akan sentiasa disitu

Azam Abd Rahman said...

Larasephia,
terima kasih melawat blog saya, saya dh linkkan blog awak dari sini, harap direstui ~ azam