dari dadanya yang terbelah
dibukakan ruang-ruang
luas-luas
biar titis kasihmu juga mampu
melekap pada jantung pada hati
masuklah!
kata hati si pencinta
walau dalam dadanya tidak ada lagi
bahagian-bahagian yang rongga
namun janji alam dari azali
tetap saja ada ruang untuk
perempuan bagi lelaki
begitu telah diciptakan
pemerintah seluruh alam
terimalah seadanya
dari sedikit yang tersisa
tatkala hari mewarnakan langit
kuning kemerahan kerana matahari yang sakit
dia merangkak
merentasi senja
dadanya yang terluka
dan terbelah dua
tatap dan renunglah
kali terakhir
1 comment:
lalu mentari menyinarkan cahaya
kepada bulan dan berkata.
aku abaikan segalanya.berilah dia laluan terang kesyurga.....
Post a Comment