Thursday, December 2, 2010
pejamkan mata
1.
kepada jiwa, jangan kau patah dan rebah kerana kedukaan itu sebahagian kehidupan walau sesekali terjatuh namun harus cekalkan hati dan berdiri, diatas setiap kejatuhan itu kita harus bangkit dengan lebih berani lagi. lihat pada matahari yang bersinar itu apakah pernah patahhatinya? terbit dan jatuh dan terbit lagi dan jatuh lagi berulang-ulangkali! kita tidak akan menjadi orang besar jikalau jiwa sentiasa kecil. kita tidak mampu mencatat sejarah besar jika jiwa kecil, bahkan kita tidak mampu lakukan apa-apa dan kehidupan langsung tidak akan melihat kita.
2.
engkau, bagaikan tupai melompat dari dahan ke dahan dan meniti dari ranting ke ranting apa yang engkau cari dalam kehidupanmu dan apakah telah engaku temuinya? hidup yang singkat dan masa yang berputar pantas. kita mengejar namun sering ketinggalan dan kita ditinggalkan keputusan mesti dibuat dan jangan takut pada kesilapan. kesilapan itu akan menumbuhkan pengalaman dan mendewasakan kita. bahagia itu adalah hak dan kita mesti menuntutnya. kehidupan ini kesaksamaan namun keinginaan tetap membezakannya diantara yang lebih dan kurang kepuasan didalam diri didalam hati. berbahagialah dengan seada-adanya
3.
hijau, masih segar dan berputik bagaikan hamparan rumput-rumput dihalaman. lihatlah matahari lihat lah matahati duniamu ini masih bagai kudup yang akan berkembang. sekelilingmu ada duri dan api. ada luka dan duka dalam senyummu ada ketika engkau juga akan menangis. ini hidup kita tetapi bukan kehidupan kita, bukan kita yang punya. dengan sepuluh jari kita tidak mampu menghitung hingga seribu. pandangilah bintang di langit tetapi pandang juga kerumput di bumi. berpijaklah dengan tegap dan pasti.
4.
.................
aku melihat camar. aku melihat tiang layar. aku melihat kapal pedagang. aku melihat perantau pulang. aku tidak melihat aku, aku tidak temui diriku lagi. aku ingin teriak memanggil seseorang tetapi aku terlupa pada nama, pada siapa? aku hilang aku dan hilang kamu sekali gus.esok matahari itu untuk siapa? mendiamlah. merebahlah. pejamkan mata kerana malam telah larut. pejamkan mata. pejamkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam.
Tersentuh naluriku diawal pagi
mungkin kebetulan sahaja.
tidak mengapa tapi
dalam sedih kau terus membaca.
mmmm, sesiapapun mungkin tersentuh dan kemudian mereka akan melupakannya bagaikan mimpi semalam yang kta lupakan apabila sudah tiba hari pagi.
esok matahari itu untuk siapa? mendiamlah. merebahlah. pejamkan mata kerana malam telah larut. pejamkan mata. pejamkan. Ohhhhhhh! andaikan kita mampu untuk bersatu ......bagai irama dan lagu....
Post a Comment