Tuesday, March 23, 2010

sepucuk surat sebuah sajak





aku kembali mencari makna
sepucuk surat sebuah sajak
demikian ini kata hatimu
tatkala mengungkap rindu
namun segalanya hilang ditelan bayang
dan aku kau tinggalkan,
kata itu mainan bibirmu
tetapi aku tetap menyimpan dalam dilubuk hati
bila kita dilahirkan dan dipertemukan sekali lagi
aku tetap akan menuntut janjimu kembali,
pergilah tanpa rasa resah
aku tak akan menyimpan dendam
cuma rinduku masih kupendam
sedalam-dalamnya
andai kau berbalik arah
aku tetap disini, menanti dalam sepi
suratmu kubaca
dengan perlahan kuulangi kata-katamu;





salam utk org disana

apa sudah hilangkah rindumu...
hingga tak sempat tinggalkan pesanan..
tak ingin lagi bersama disitu...
atau tak ingin difikirkan....

dia sentisa mencari..
bayangan dan kata-kata indah...
dia sentiasa menanti...
gurauan serta luahan madah...

seolah-olah hanya dia seorang yg berdiri...
sedangkan orang itu diam jauh berlari...
mungkin ini hanya bisikan naluri...
tapi dapat kurasakan diri ini makin sepi...
jika ini satu langkah utk org itu menjauhi...
dia terima dgn rendah hati...
siapa lah dia utk terus disisi...

dia akan terus menanti...
dia akan terus mencari...
makna cinta dan hati...
makna perkahwinan dalam duniawi...
walaupun tiada keyakinan diri.....
dia yakin ia pasti dimiliki...



/

6 comments:

kedai buku perintis said...

jika dua jiwa berpadu
adakah dua hati bersatu
erti perkahwinan
sebenarnya cabaran

kadang kita leka
dalam mimpi dan terlena
bila tersedar baru kita mencari cinta

cinta dalam duniawi
hanyalah mainan hati

Azam Abd Rahman said...

mmm, dalam makna yang awk katakan itu...saya masih tercari-cari maksud dia yg saya terlepas pandang dan biarkan begitu saja selama ini.

kedai buku perintis said...

sudah ditetapkan dia bukan untuk anda.jangan menoleh kerana ia sudah tiada......takdirmu disisi..

Azam Abd Rahman said...

Uikk! zeza, ini bukian citer sebenarnya. Saya tak apa2, ini hanya sebuah sajak dan bukan realiti. Hanya sebuah karya kreatif. Jgn salah faham.

Azam Abd Rahman said...

Tapi saya hormati dan hargai awk kerana pandai mentafsirnya. Awk bijak dalam mentafsir kata-kata itu. Tahniah.

SEKALUNG BICARA said...

Cinta yang hakiki hanya pada yang Esa..