pagi,
tatkala jari mulus isteri
lembut membancuh secangkir kopi
embun masih lagi basah
pada hujung daun hari
basah hujung jariku
menyentuh
rumput-rumput dihalaman,
senyum yang kau sembunyikan
pada rekah bibirmu
adalah ingatan semalam
ketika cinta membenamkan
pohon rindu
jauh menusuk dalam kalbu
bunga cintapun bergetar
dalam debar........
memberi makna pada sebuah puisi
4 comments:
secangkir kopi
nilaikan cita rasa
antara haus dan dahaga
atau peransang degil mata
melihat dunia
dengan kaburnya atau bayangnya
bro azam!!! wa publish entry mencari makna lagi at my belog. tqvm. wa credit lu! woohaaa.
eh header tu bukan picca jesus ke bro?
Terima kasih adik Froddo, kerana setelah sekian lama baru kini menjengah semula ke laman ini. Masih menyukai sajak itu nampaknya? Carilah maknanya......Ingat sajak Chairil Anwar?...aku ini binatang jalang, dari kumpulan yang terbuang...itulah aku..
Post a Comment