Thursday, September 10, 2009

aku ingin bersajak

aku ingin bersajak
(bukan untuk siapa-siapa)


aku ingin bersajak
tentang jiwa yang retak
aku ingin menyanyi
sunyi dan sepi,
jasad-jasad dari jiwa yang mati
bangkitlah
dan bersama menari kelilingi api dari kayu yang terbakar
biar dia juga melihat aku terbakar
biar ketawa
semahunya-mahunya

4 comments:

serling said...

Bersajak ataupun kata puisi
Bukan semua orang gemari
Janganlah terjemu menzahiri
Buat sambung pewaris pergi

Kita juga bukan tidak mati
Tahap kita entah bila temui
Hanya punya harapan tinggi
Semoga ada yang mewarisi

Kalau tiada penerus tradisi
Paling tidak sudi ulangkaji
Baca dan kaji penulisan saji
Laluan kita berbahasa puisi

azam said...

terima kasih bengah @ serling kerana melawat laman ini berkali-kali. Saya pun melwat blog bengah berkali-kali juga. Mcamana? tak dtg ke ke-majlis berbuka puasa dato' sharkar di temerloh tu? kalau ramai blogger yg dtg, kami nak adakan mesyuarat tubuh persatuan sebelum berbuka puasa, harap dpt maklumkan kpd saya

syahbandar87 said...

ssh jgk nk faham ye..hnya insan seni shja mampu ungkapknnya
:)

serling said...

Terlepas peluang berharga
Majlis 16.09.09 buka puasa
Tak dapat kita muka bersua
Salam buat YB dan semua