Tuesday, September 22, 2009

bila kita tak

bila kita tak bersama nanti, yang ada hanyalah puisi selain sepi hati seorang lelaki




bila kita tak
lagi bersama dalam rasa
rindupun tenggelam
kedalam lautan bara

bila kita tak
lagi bebalas kata
resah didadakupun membara
menguris jadi luka

bila kita tak
saling pandang memandang
matakupun menjadi kabur
memandang segalanya hitam dan kelam

bila kita tak
ingat dan saling mengingati
hatipun menjadi lebur
jiwa mati dan jasad berkubur...

2 comments:

Anonymous said...

salam bro>>>
best ah sajak nie..huhu
tingat kat first luv rq..
muhahhahahhaha

ingat lagi ifa??saya lah ni yg tny ni blog utk anak pahang je ke dulu2 tue..tp kat blog, saya pakai nama 'rq'..muehehehhehehehe

nway, mcm ne nk wat sajak best ek?
saya prnh bljr ngn sorg sahabat nk wat sajak..kelakor..tk ingat dah apa harkat2 yg die bg tue..huhuhu

pepun, slmt hari raya
mohon smpn sajak ni utk koleksi saya okie
rq

azam said...

Salam areQue @ ifa,
1. Terima kasih kerana meminati puisi saya. Silalah simpan mana2 yg berkenaan kerana sajak/puisi semasa proses perkaryaan mmg milik penulisnya namun apabila sudah disiarkan maka ia sudah jadi milik umum/masyarakat.
2. Sila cuba masuk ke blog Gabungan Suara Anak Pahang melalui link dari blog ini di ruangan blog Pilihan: gERBANG tEMu mAYA
3. Sila follow dan lawat blog azam lagi dan lagi ~ AZAM