saat pilu dan rusuh resahku
tatkala bunga di hati layu
lalu gugur terbuang dari tangkai
ingin aku bunuh cinta didada
dan membenamkan diri di kolam yang dalam
namun ada suara memanggilku merapat dan berkata:
'mari kuajarkan kamu tentang cinta
mengail juga perlu sabar dan tawakkal
bukan senang menanti kasih memakan umpan
cinta itu berakar pada hati
lalu bersimpul menjadi janji
ketika umpan dibawa pergi
hulurkanlah tali
kerana apabila kepenatan
akan lebih mudah mengawal pergerakan
merapat kepadamu,
kerana cinta itu;
bukan hanya menerima tetapi juga memberi
bukan hanya perasaan tetapi juga akal
bukan hanya dendam tetapi juga timbang rasa
bukan hanya suka tetapi juga sedih
aku terpukau
rupanya si pengail tua itu
lebih tau tentang cinta
lebih pandai menyusun kata
dari mengail ikan di kolam.
ketika aku melemparkan pancing
dan ingatkan diri;
'bahawa memancing juga seperti menyemai cinta
siapa lebih dahulu menarik tali
dan siapa pula yang terpaksa menyerah
untuk dikuasai',
ketika aku tengah faham akan maknanya
aku dekati pemancing tua itu
yang tidak pernah mendapat ikan
barulah aku sedari
dia memancing tanpa tali.
Nota kaki:
Adikku frodo, apa kau mengerti?
3 comments:
sdr azam
tip memancing cinta
1)batang joran.....keberanian
2)tali mengail.....kejujuran
3)mata kail........keiklasan hati
4)umpan............senyuman
5)masa.............kesabaran.
hehehe, kali ini awk nmpknya fhm. Awk mmg fhm, awk mmg fhm, awk mmg fhm. Apa yg awk fhm kenapa pemancing tua itu memncing tanpa tali? kalaulah awk faham...mmmm....ini bab-bab mendalam
seseorang yang pelik biasanya mudah didekati drpd yg biasa2 ni
Post a Comment