Wednesday, May 5, 2010

apa yang tinggal?



apa lagi yang tinggal?
hati yang telah remuk
kau megoyak-ngoyak jiwaku
bagai mencarik-carik secebis kain putih
aku hancur dan kembali menjadi benang
kembali menjadi kapas.

hendak kau apakan aku selepas itu?
membakar aku menjadi debu?
roh yang tinggal
akan selamanya melayang-layang
mencari jasad yang bercaing-caing
telanlah segalanya dariku
hendak kau apakan juga rohku?

apa lagi yang tinggal?
apa lagi yang kau inginkan?
memang engkau aku maafkan
namun dendam masih kusimpan
andai ditakdir kita bertemu
pada kelahiran lain
engkau tak akan aku lepaskan
engkau tak akan aku biarkan
pergi begitu saja....






8 comments:

Anonymous said...

salam..

woo woo

ganas macam kes mona fandey... apesal sampai dipotong2 tubuh itu ...

kematian yang sgt tragis...

maaf pengertian kurang arif....

rush...

anon 2 said...

untuk pengetahuan anon rush....hehehe

penulis berbasa basi hendak melepaskan geram yang teramat sgt.
kalau boleh dia nak tulis macam ni
wahai mamat.
aku nak cincang hang lumat lumat
sbb hang jahat.tangan hang aku potong mcm rebung.tulang kering buat sop.kaki hang aku jadikan kari
urat perut bagi piranha..kepala aku salai jadi tengkorak.

begitulah adanya..

maaf ye.bos besar
tumpang lalu...

adik SM said...

opppsss..

kesian si mamat yg kene tempiasnye.
Sedangkan dia hanya menerima
pada org yg sudah memberi

Anonymous said...

mungkin ini tak ada kena mengena dengan sesiapa dan bukan pada bila-bila masa juga, satu ilusi, satu mimpi, satu fantasi, satu konfrantasi,satu menefestasi, satu....satu-satu yg sangat dibenci..

Anonymous said...

awk masih tak bole menerima kenyataan

Anonymous said...

dia terima kenyataan cuma dia mengutuk dirinya sendiri

Anonymous said...

kalau awak tak ganggu, air itu akan cepat jernih dan tenang

azam said...

OK, cukup dan kes ditutup.