Monday, May 3, 2010

akal itu seperti air, jika tidak dikocak ia akan kekal jernih





'akal itu seperti air
jika tidak dikocak
ia akan kekal jernih'

saat menyendiri
aku buang segala rindu padamu
memusnah impian dan harapan
yang kita lakarkan pada dada fikir,
bukan senang
bagai membunuh nyamuk membakar kelambu
alangkah lebih baik
jika engkau juga menyepi seketika
segarlah bunga di tamanku
biar air kembali tenang
seperti kataku dulu
bukan senang melupakanmu
serasa bagai mencabut nyawa,
apakah engkau sengaja
membenamkan aku kedalam duka?
sedangkan kamu
senyum dan ketawa
dengan erat
mengenggam makna -
memang aku tidak berani
dan bodoh sebagai lelaki
tatkala aku sedar
rindu itu hanya mainan bibirmu


7 comments:

Frodo Baggins said...

wooohoooo ~
rindu itu mainan bibirmu?


sangat bermakna.


>>___<<

zeza said...

salam sdr

segalanya akan terhenti dgn sendiri
jawaban tak payah dicari
kalau adapun makna
biarlah ia bertahta dimata
air tak akan terusik
tidak akan berkocakjua
hati pun tak kan berbisek
segalanya galanya adalah hampa

zeza

azam said...

mmmmm,
mmmmmmmmmmmmmmm,
mmm, make sense!

SEKALUNG BICARA said...

salam..

hari ni saya tak reti nak komen apa2 sbb otak saya tengah blurrr..

cuma yang saya nak kata.. sajak2 abng besar semua sgt2 mantap dn mempesonakan....

Anonymous said...

Kadang2 manusia salah meletakkan maksud utk dimengerti:-
'antara cinta dan syg
'antara menerima dan memberi
'antara rindu dan ingatan

semua manusia punyai rase syg antara yg lain tp sukar meletakkn cinta dimata dan dihati.. fahamilah jiwa itu.. dan kau akan kembali tenang umpama air yg jernih

Anonymous said...

ya, mungin sedang menjernihkan air

azam said...

mmmmmmm!