Saturday, May 15, 2010

angin berbisik



(dengan apologi kepada semua yang aku kenali
dan yang mengenali aku, maaf! maaf! dan maaf!)


janganlah engkau gusar
apabila aku sudah tidak ada didepan mata
nescaya angin akan membisik khabar
menyebarkan harum bau kenanga
dan itu bermakna aku masih teguh berdiri
diatas kakiku sendiri

janganlah engkau bimbang
apabila lama tidak menerima berita
mungkin angin sesekala beralih arah
namun lambat laun kau akan mencium
haruman bau kasturi
menyampai khabar bahawa aku masih disini

janganlah kau bersedih
bila tiba-tiba kau terasa
bagaikan aku telah tiada
mungkin angin lewat menyampaikan berita
menyebar harum bau setanggi
benarlah bahawa aku telah pergi
(sebelum kita sempat berjumpa semula)
namun rohku masih ada terperangkap dalam jiwamu



9 comments:

Anonymous said...

sebelum tiba masanya hilang hayatmu..
janganlah engkau meratap pilu
jadikan kenangan itu sejarah lalu
kami tetap doakan agar engkau sihat selalu

Bila diingatkan kasih dan sayang serta gurauan mu,
terasa hiba menangkap kalbu,
usahlah engkau membawa lara dan pilu,
kerana sesungguhnya kami amat merinduimu....

zeza said...

sdr azam

kenanga
kasturi
setanggi
yang pasti berlaku pada sesiapa

sajak
puisi
tak akan hilang sampai bila bila

buat hati sayu je..membacanya

salam zeza

azam said...

itu hanya sebuah puisi, sebenarnya saya tidak ada rasa apa-apapun. jika ada yang merasa maka itu hanyalah dusta belaka. maaf kerana pendustaan saya kepada sesiapapun, jangan merasa sedih terhadap saya, saya telah menipu terlalu banyak, sayang saya itu pun dusta juga. saya tidak akan bersedih kepada sesiapa dan jangan sesiapa bersedih kepada saya - saya melihat setangkai anggur yang masam

zeza said...

bukan namanya menipu...sajak yang baik buat orang rasa terusik.
penhayatan dari dalam tersirat banyak makna.good luck

melihat stangkai anggur yang masam.
bolehkah hanya melihat dan boleh tau anggur itu masam kecuali merasanya terlebih dahulu.ataupun fobia selalu terbeli anggur yang masam
.dalam setangkai mungkin satu atau dua je yang masam...hhehheh

Anonymous said...

Angur yg masam boleh saja menjadi wine yang baik. mahal pulak to huhu.

SEKALUNG BICARA said...

Salam.

saya suka anggur kerana rasa masam manisnya....
baik untuk kesihatan..

azam said...

tidak ada siapa yang lebih tahu nampaknya. Anggur yang masam bermakna memujuk hati sendiri, apabila tidak dapat menikmati anggur itu maka lebih elok katakan bahawa rasanya masam walaupun belum pernah merasainya. dan memang saya tidak sayangkan sesiapa jadi jangan ada sesiapa yg sayangkan saya, kata2 saya dulu hanya dusta..jgn fikirkan ttg saya dn jgn sayangi saya..

SEKALUNG BICARA said...

uittttt

saya sayang Allah dari segala2nya...
hehehehe... jangan marah boss....

azam said...

siapa pula kata saya syg awak dan awak syg saya? hehe