Monday, May 10, 2010

aku penjagamu





seandainya aku mampu untuk bertahan lebih lama lagi
aku sentiasa merelakan untuk menjadi penjagamu
seperti kata yang diucapkan dahulu
aku pasti tidak akan memaling ke arah lain
kerana kata-kata itu sudah termeteri menjadi janji
cuma, izinkan aku mengambil istirahku seketika
menghirup nafas panjang dan merawat segala luka dan duka
memang kepedihan itu masih terasa lagi
namun usah engkau bimbang dan khuatir
ianya tidak akan berlangsung terlalu lama
kerana kepedihan itu pun sudah pasti akan hilang
kalaupun bukan kerana luka itu yang sembuh
mungkin kerana berakhir perjanjian antara jasad dan roh,
namun aku tetaplah penjaga kamu
selagi engkau masih menganggap dan merasainya begitu
selagi engkau menghargai aku dan mengingininya begitu


nota:
terima kasih kepada sahabat yang memberikan doa
tatkala dalam tafakur.


1 comment:

Anonymous said...

salam

seandainya aku mampu utk bertahan lebih lama lagi aku sentiasa merelakan untuk menjadi penjagamu???


"Seandainya itulah kau berikan tanggungjawab itu kepadaku.. akan aku pegang dan akan aku jaga ianya sepenuh jiwaku."