di arus kehidupan
dia
hilang di rimba ......dia bersembunyi
di belantara
kembali mencari segala yang hilang
katanya
adiknya suka suara cengkerik
ketika senjakala
adiknya juga suka melihat angin
memetik daun-daun kering
dan mengugurkannyahanyut di arus air yang mengalir
katanya lagi
demikianlah kehidupan menentukan arah
yang bakal dituju
'kerana kebebasan yang bermakna adalah
berani membentuk hidup
bukan menuruti aturan yang terbentuk'
2 comments:
salam sdr azam
mampukah menongkah arus
saat kaki mulai goyang
yang terbentuk untuk hidup
suratan iringi cubaan
arus kehidupan tak sentiasa tenang
jika kita tetap dengan keinginan dalam hati dan kita kuatkan semangat, maka kita akan lakukan itu, kejayaan atau kegagalan bukan apa yang kita fikirkan lagi...
Post a Comment