memang tepat pilihanmu itu
tidak menjadi orang kedua
jika masih berpeluang menjadi yang pertama
engkau ingin menjadi ratu
bukannya dayang dalam istana
memang tepat tindakkanku ini
untuk apa menjadi yang kedua
bila ada pilihan menjadi yang pertama
aku ingin menjadi raja
dengan ratu-ratuku didalam istana
demikianlah suratan
kita menurutnya dalam kehidupan;
bagaimanakah aku seekor musang
bila kecewa mendapatkan anggur itu
baiklah kukatakan rasanya masam
6 comments:
sdr azam
pertama adalah anugerah
pertama adalah suratan
pertama adalah kehidupan
kedua adalah ujian
kedua adalah rintangan
kedua adalah peperangan
pertama adalah ketenangan
kedua adalah gelombang
salam zeza
pertama yang kedua ...
>>___<<
pertama adalah kesayangan..
yang kedua hanya sandaran..
mungkin ke...
rush
Salam .kenapa tidak boleh kah pertama kesayangan kedua dan keempat juga kesayangan?Itu juga anugerah serta sunah :-)
hikhikhik, aku mcm dah mabok todi rasanya....
salam abg besar
Yg pertama itu sentiasa yg utama..
kerana itu tk perlu jadi yg kedua.
Yg pertama itu nyawa..
kerana itu tiada nyawa yg kedua..
Bile berdiri sebagai yg pertama..
Kita ibarat nyawa yg paling utama.
Post a Comment