Tuesday, May 25, 2010

kehidupan ini sungguh bermakna, apa lagi yang aku nak?




teringat pada kata-katamu
ketika kau memujuk aku;
apa lagi yang abang nak?
abang dah ada segalanya...
dan hari ini
aku mengakuinya, kebenaran kata-katamu
bahawa aku telah memiliki segalanya
dan kehidupanku memang sungguh bermakna

apa lagi yang aku nak?
nak kan kasih, aku ada isteriku yang sangat kusayangi
yang kasihnya padaku dan kasihku padanya tidak pernah putus
nak kan kehidupan, aku ada anak-anak yang kusayangi
yang sayangnya padaku dan sayangku padanya tidak pernah kurang
nak kan dunia, aku ada duniaku seadanya
yang perutku senantiasa merasa kenyang
ketika ada yang haus dan merasa kelaparan
nak kan akhirat, aku ada Tuhanku dan agamanya
yang kugenggam tak pernah kulepaskan

apa lagi yang aku nak?
aku juga sedang ada kamu adikku
yang melihat aku didalam rona matamu
yang bernafas dengan nafasku
yang membisik dengan suaraku
apa lagi yang aku nak...
jika aku masih ada kamu?
aku tidak harus terlalu tamak
didalam kehidupan ini
dan tidak harus mengambil semuanya
kerana orang lain juga harus memiliki

6 comments:

Anonymous said...

salam

teringat pada kata2mu
ketika kau memujuk aku
apa lagi yang abang nak?
abang dah ada segalanya.....

Rasa rindu lak suasana itu
sekarang sudah sepi seperti membawa
diri masing2.

apapun sya tetap menghormati
mungkin masa telah merubah segalanya...

Azam Abd Rahman said...

saya masih melihat awk dengan terang walau awk dalam kelam, tetapi kita jangan lagi pandang belakang.....

Anonymous said...

salam bang...

Kalau adik perlu mengulas di sini.. Sri bangga dgn membawa gelaran adikmu srikandi..

Dan kamu juga lebih kenal setiap kata2 adikmu..

Sri melihat kamu sebagai seorg abg yg kaya dgn segalanya.. dan ari ini kamu mengakuinya..

saba said...

sdr azam

kalau digambarkan melalui lukisan post sdr ini.....

saya akan melukis seorang yang berwajah tenang ,yang sedang menhembus rokok dikerusi taman di depan rumahnya, pada waktu senja.,,atau wajah muka tersenyum hiasan warna keceriaan dan haruman bunga

Azam Abd Rahman said...

hmmmm, dah lebih setahun saya berhenti merokok tidak juga mencerut serta menyongel. tak terlibat langsung dengan tembakau...dunia bebas tanpa tembakau, hehehe

Anonymous said...

Puis-je déplacer un blog Tumblr secondaire à un autre compte?