Thursday, May 6, 2010

sajak prk kepada yab perdana menteri






YAB Perdana Menteri,
kadang-kadang kami ternanti-nanti
bila pula YB kami akan mati
biar ada PRK lagi
kami akan dapat YB yang baru
serta peruntukan dan projek
beratus-ratus juta ringgit

YAB Perdana Menteri,
tiap kali ada PRK
2 lembu akan berlaga
kami tak peduli yang mana menang
yang mana tumbang
kerana 2 pihak akan bertelanjang
sama-sama saling menikam belakang

YAB Perdana Menteri,
sebenarnya siapa calon kami tak peduli
yang kami kehendaki
duit dari langit jatuh ke bumi
dapatlah kami turut menikmati
segalanya sebagai rezeki
apa yang disebut limpahan ekonomi

YAB Perdana Menteri,
harap-harap tak lama lagi
YB kami pula akan mati
harap janganlah lambat sangat
bimbang juga kami tak sempat
kalau usia kami yang singkat
kerana kami pun hendak merasa
bagaimana marhaen dilayan bagai raja





4 comments:

BENGAH @ SERLING said...

Sajak buat Perdana Menteri
Luahan azam kita berkongsi
Demikian PRK rakyat alami
Ada yang harap YBnya mati

Anonymous said...

salam ...

tak mahu PM mati

kerana prk menyusahkan
kerana prk membazir
kerana prk menguntungkan kantong kaki bodek.
kerana prk menyusahkan masa dan
tenaga...

dari itu doakan PM selamat dan sihat..

rush

HIDUP PERDANA MENTERI........

Azam Abd Rahman said...

terima kasih bengah, lama tak menjenguk dan tk memberi komen, harap selalu sihat

Wake UP! said...

Wakil rakyat jangan goyang kaki makan gaji buta tanpa mempedulikan masalah rakyat yang telah mengundi mereka.

Kalau tidak, rakyat boleh tolak di pilihanraya akan datang.

Illuminati:Banking and money group.